Pemakanan Sihat || Sayur-sayuran

Sayur-sayuran hijau yang menyegarkan dan menyihatkan...

Pemakanan Sihat

Banyakkan pengambilan susu, buah dan sayur-sayuran...

Pemakanan Sihat

Banyakkan pengambilan susu, buah dan sayur-sayuran...

Diet || Antioksidan

Antioksidan adalah zat yang mampu memperlambat proses oksidasi, yaitu reaksi kimia yang berupa pengikatan oksigen dan pelepasan hidrogen...

Pemakanan Sihat || Buah-buahan

Banyakkan pengambilan buah-buahan untuk diet yang seimbang...

Wednesday

Ape itu Keloid?

Erm hari ni nk cite pasal keloid pulak...keloid aku pada kesan czer yg lalu...


Keloid adalah luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama. Kadangkala ia boleh menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah diri kerana secara kosmetik ia boleh mengubah fizikal seseorang. Namun, secara medikal, ia tidak mengundang bahaya kepada nyawa.

Keloid boleh berlaku di dalam keluarga. Ibu dan ayah yang ada masalah keloid, biasanya anak-anak mereka juga ada. Di Barat, keloid berlaku di kalangan keturunan Afrika berbanding orang kulit putih. Begitu juga di Malaysia. Kebanyakan kaum India mempunyai kulit yang senang terkena keloid, kedua melayu dan ketiga kaum cina. Anggota badan yang senang terkena keloid apabila luka ialah dada, telinga, bahu, leher dan muka.

Ini lah contoh keloid pada kesan BCG.


p/s: keloid aku xde la sakit...cuma gatal jer...harap2 lepas bersalin nnt ia akan hilang...huhuhu

Tuesday

Suntikan Kancing Gigi || (ATT) Anti Tetanus Toxoid

Salam,

Disebabkan arini ada masa terluang...bukan ape...keje tempat baru...so xramai kawan...so xdela masa nk bergosip bagai...asik ngadap pc jer...alhamdulillah ade la masa meng'gugel' dan menghapdet blog ni...ni nk story pasai cucuk kancing gigi...actually disebabkan ni 2nd pregnancy so aku kena cucuk sekali je la...aku pun xtau sebab ape ibu-ibu mengandung kena cucuk kancing gigi ni...tp hasil darpd gugel...tujuannya bagi mengelakan jangkitan kuman akibat luka...emmm layan je la...

Kalu xsilap aku kena cucuk awl bulan september aritu dikala kandungan aku lebih kurang 28 minggu...terlupa sudah...yg boleh aku nk tulis kt blog ni bukan ape...sbb aku terkena kesan drpd cucuk kancing gigi ni...iaitu ada kebarangkalian allergy...OMG...aku allergy rupanya....huhuhu

Kisahnya begini...pagi masa checkup tu aku kena MGTT (minum air gula perasa ribena)...sedappp... bila sebut MGTT maknenye aku akan diambil darah sebelum dan selepas minum air gula tersebut....selesai minum air gula aku teruskan dengan check perut dan dimaklumkan untuk cucuk kancing gigi...aku on jer...nurse cuma bgtau akan rasa sakit at least 3 hari...tp bg aku yg agak strong ni...sbb mls nk pikir pasal sakit...so xterasa sakit tu...rasanya hari kedua ade rasa sikit2 je...buat bodo jer...and xrasa la sakit tuu...cumanya aku terasa gatal2 pada tmpt cucuk and tempt amik darah MGTT...lama2 ia meninggalkan parut...huhuhu...



Sebulan kemudian aku g checkup (18/10/2012)...aku perasan kesan luka czer bersalin anak yg 1st tu da lain...kesannye mengembung...rasanya dulu ade sikit jer...sekarang dah 3/4 drpd keseluruhan panjang czer tu...huhuhu...nurse tu kata ape ye nama ek...jap gugel...namanya keloid scars...kebetulan aku jumpe docter aritu..so aku tanye doktor...oohh awk ni ade allergy...tp kalu kesan tu xmengganggu u xpela...kalu rasa mengganggu u kena refer pakar kulit...huhuhu...so arini terbaca status kt fb kawan...katanya dia allergi after cucuk kancing gigi...so aku pun terkena la sama...huwaaa...nasibla badan...

Monday

Panduan Posisi Tidur ketika Hamil

Selamat bersiaran....hari ni google pasal posisi tidur...so nk share la kt sini...sbbnya aku dah susah nk tidur skang...huhuhu...




12 Panduan Atasi Masalah Tidur
1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.
2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.
4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.
6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.
7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.
9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.
12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.

Tuesday

Doa untuk Mudah Bersalin

Rasanya belum terlewat lagi nk post berkenaan doa dan zikir bagi memudahkan bersalin....hehe...boleh amalkan...






1. Surah Al-Fatihah (7 kali)


2. Ya Khafid (1000 kali)


Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

3. Al-Abasa : 20


"Kemudian jalannya dimudahkan"

4. Al-Anbia' : 87-89


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"


Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.

Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.

Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"


p/s: pada ibu-ibu yang mengandung, jom kita amalkan bersama bagi memudahkan segala urusan kita nanti...aminn...

Monday

Tanda-tanda Bersalin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama benar rasanya xjenguk blog ni...bukan bersawang lagi dah...silap dah berpenunggu...hahaha...

Sebenarnya nk tulis ni pon sebab-sebab aku duk google sana sini...al maklumla...minggu ni aku dah nk masuk 32minggu....so pejam celik pejam celik...aku dah dekat nk bersalin dah...EDD aku 13 Disember 2012...

Aku nk kongsila hasil google aku berkenaan tanda-tanda nak bersalin...walaupun ni anak kedua...tp aku xpenah bersalin normal lg...tunggu ape kata doktor bila aku checkup di Hospital Putrajaya pada 34 minggu nanti...Doktor akan inform samada aku leh bersalin normal atau pun tidak...

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalim. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak antaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang

Pecah Ketuban
Dalam drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukan asing ke dalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekiranya pluk ini sudah tiada dan bayi boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.


31 Mei 2012 || Aliff work from 8.30-5.30

Pda tarikh ni mama bawak aliff g work...so aliff kena bangun pagi dan mandi awl...sebelum ke ofis, singgah umah mak aliff (pengasuh) utk memberi upah mak dia sepanjang blk mei...dptla mak berbelanja semasa di Cameron nnt...

Sepanjang hari aliff asik main dan berlari sana sini...lgsg xtido...huhuhu...tp alhamdulillah aliff masih behave sepanjang hari...

cumanya time balik, naik je keta time balik aliff terlentok kt tepi tingkap keta...kononnya nk amek angin luar la tu, tp terlena...terpaksa la mama berhenti tepi utk membetulkan posisi aliff kembali ke kerusi...

So kat bawah layan je la gmbr2 aliff sepanjang hari tersebut...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday

Bila nak start checkup???


Mak aii...dah berkulat dah blog aku...nmpk sgt kemalasan aku dan ketidaksempatan aku nk menulis dlm blog...waahhh...motifnya blog arini duk terpikir bila la nk stat p checkup...huhuhu...semlm aku call klinik kesihatan presint 3 sbbnya dekat sgt ngan opis aku...aku diberitahu utk buka buku merah kat klinik puchong dulu...then baru aku leh wat monthly checkup kat presint 3...so aku ingat minggu depan la stat sbb minggu ni agak bz...khamis n jumaat baby sitter cuti...aku amek cuti ari jumaat jer...ari khamis aku try bawak aliff mai opis...gamaknya ape la jadi nnt...

ni bukan buku aku tp ehsan en google...hehehe...buku merah jgn lupa bawa nnt tamat tempoh...(lalala...lagu zizan tu...)

memikirkan nk g klinik puchong yg mls ni...dah le kena g awl tp belum tentu settle awal...tp xpela, 1 kali je kan...ape salahnya...psl nk buat buku merah ni...teringat masa aku 1st pregnant kan si aliff ni...mak aku pesan...bgtau nurse tu tarikh last period bg lewat sebulan...mak aii mcm xleh terima akal aku...katanya at least xde la aku smpi due date xbersalin-salin lg...kisahnya aku kan kena paksa bersalin masa due date aritu...so utk kali ni aku nk awlkan seminggu tarikh last period...asalnya 28 Feb...tp aku anjak kan seminggu jd la 6 Mac...tp kan kalu amek 7 mac due date aku 12.12.12...cantik kan?? hehehe apa ada pd nombor...kihkih...

okla...nnt aku update psl 1st checkup...scan pun belum...kali ni aku asik berlambat jer...takut jugak kena marah dgn nurse nanti...

adios~~~

Monday

Permohonan HLP 2013

Start 9/4 - 30/4/2012 adalah utk permohonan HLP...huwaa... Proposal blom siap lg...sbbnya tajuk pon masih samar-samar...nk smbg U mane pun samar2...pendek kata semuanya samar2 lah...huhuhu

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday

Aliff || Gaya Bebas...

mlm td aliff tido lasak beno..smpi jatuh katil dibuatnya..kisahnya aku terjaga dlm kul 2.30 pg...g toilet sat n sambung tido...tgk si aliff ni nyenyak je...aku pon mengiring ngadap dinding...dlm kul 3 pg aku tersedar sbb bunyik meletop...chk aliff dlm gelap tu xde..abah dia tgk dia da jatuh katil...mak aih cmne dia menyeberang abh dia tanpa abh dia sedar...huhu...ngigau tgh main le tu...abh dia angkat dan aliff smbg tido mcm biasa...mcm tiada apa2 yg berlaku...huhu

layan je la gmbr gaya bebas si aliff ni tanpa related dgn cite di atas...hehe

RV Cake!!! syedappp...

mood nk mkn kek tgh mari skang...2 hari lps order RV cake dekat mmbr..hasilnya dia terajin menerai brownies RV..rasa tetap sama cuma padat sikit...

design pun menarik mcm syg je nk mkn...tp da mkn pon...hehe...

layan la gmbr dia ada gmbr puting n baby lg...

tq kak charm..so delicious...

Thursday

Positive...

Semalam 04/04/2012 adalah hari ke 37 bagi waktu period aku...nk kata lewat sblm ni pon mmg biasa lewat...so konon nk tangguh la ujian HCG urine aku...tp semangat tetiba dtg,balik keje terus g farmasi n tested..the result 2 line...alhamdulillah usaha kami utk dptkn ank ke 2 berhasil...dan insyaAllah dpt la lahirkn baby december 2012...amin...

sbb xsabar nk test...
1.bila mkn perut ni cpt je rasa penuh dan tekak lain macam...
2.bila mkn pedas...(aku suka mkn pedas) tekak rasa perit - ni experience 1st pregnancy aku
3.Aliff masih menyusu dan bila dia nyusu aku rasa sakit
4.kurang buang air besar
5.ada keputihan sikit sblm ni lps bersalinkn Aliff mcm xde keputihan rasanya

so, ni la antara sbb knp aku xsabar nk test semlm...lg 1 aku amek ubat diet...so aku stop bila rasa cm pregnant sbb ubat tu tdk blh diambil oleh ibu yg mengandung...

perasaan bila +ve pregnant...seronok sgt...sbb jeles tgk kwn2 lain da de 2 ank semuanya...tp takut bila nk bersalin nnt tu pun cuak jugak...mengharapkn ank ke 2 kami nnt dpt dipermudahkan segala urusan...amin...

Selamat kpd aku mengalami dunia mengandung semula!!!

Saturday

Mac 2012

Lama benar rasanya xpost kt blog ni...huhu bz kerja dan penat berjalan...bulan mac merupakan bln istimewa buat aku & suami...mana taknya 4/3 birthday aku - xsambut pon...18/3 pulak anniversary kitorg yg ke-3...xcelebrate jugak...

kami ni mmg jenis mls celebrate...tp 25-27/3 kami g cherating...ni pon percutian yg xdisengakan..aku beli melalui voucher groupon jan yg lalu...bila nk expired baru sibok nk pegi...janji da slmt pegi...sesi cherating ada masa aku wat n3 lain la..see ya...layan je gmbr yg ada utk bln 3 ni...

Sunday

Motor Automatic Aliff

Masa pegi kangar aritu ada belikn motor utk Aliff...maklumla murah dr sini..cuma RM140 utk motor yg besar..agak mahal smpi kena pnjm duit tok dia...huhu..ramai gile org duk pakat beli...

ni antara aksi2 bijak dan kreatif dr Aliff...

Percutian yang tak disangka || 5-7 Feb 2012

Hujung minggu yg lalu sempena cuti Mauludur Rasul dan Thaipusam...kami sekeluarga cm biasa la balik kmpg jer...kali ni cuti kena balik sbb cuti raya cina aritu da blik ayer mati...

tapi kerana Mak Teh Aliff (kakak kpd abah Aliff) buat kenduri kesyukuran kami pun singgah la Kg Gajah sabtu mlm ahad tu...cadangnya ahad baru balik taiping...

Dek kerana after call tok Aliff (mak kpd mama Aliff) ikut mak long bercuti di Kangar..so mlm tu jugak shoot ke kangar...gerak kul 11 mlm dr kg gajah 3.30 da smpi kangar...hehe nk p jln punyer psl tp blom gaji lg...

so pg2 ahad da gerak ke Wang Kelian...Isnin sblm blik taiping pegi Pdg Besar dulu..so ada la jugak hasil sopping walau xberapa nk ada duit...huhu..

layan je ja gmbr2 brg yg dibeli dan beberapa semasa kt kangar..

Aliff's Age

Lilypie Second Birthday tickers

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers