Pemakanan Sihat || Sayur-sayuran

Sayur-sayuran hijau yang menyegarkan dan menyihatkan...

Pemakanan Sihat

Banyakkan pengambilan susu, buah dan sayur-sayuran...

Pemakanan Sihat

Banyakkan pengambilan susu, buah dan sayur-sayuran...

Diet || Antioksidan

Antioksidan adalah zat yang mampu memperlambat proses oksidasi, yaitu reaksi kimia yang berupa pengikatan oksigen dan pelepasan hidrogen...

Pemakanan Sihat || Buah-buahan

Banyakkan pengambilan buah-buahan untuk diet yang seimbang...

Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday

Doa untuk Mudah Bersalin

Rasanya belum terlewat lagi nk post berkenaan doa dan zikir bagi memudahkan bersalin....hehe...boleh amalkan...






1. Surah Al-Fatihah (7 kali)


2. Ya Khafid (1000 kali)


Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

3. Al-Abasa : 20


"Kemudian jalannya dimudahkan"

4. Al-Anbia' : 87-89


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"


Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.

Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.

Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"


p/s: pada ibu-ibu yang mengandung, jom kita amalkan bersama bagi memudahkan segala urusan kita nanti...aminn...

Wednesday

Doa Melembutkan Hati

Hari ini aku nk share doa-doa bagi melembutkan hati anak/suami/isteri.
1.Surah al-hasyri ayat 21


Terjemahan:
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.


2. Surah as-syura ayat 19


Terjemahan:
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

3. Surah al-imran ayat 200


Terjemahan:
Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Cara-cara:
1. baca dan tiup pada air...dan bg ank minum
2. baca dan tiup kt ubun2 ank sambil niat untuk lembutkan hati anak
3. utk suami isteri pun boleh - baca dan tiup dekat tengkuk suami/isteri semasa tidur sambil niat

Wacana Ilmu

Alhamdulillah...hari ini diizinkan olehNya untuk mendengar dan menghadirkan diri dlm program Wacana Ilmu Sempena Hari Ibu 2011 yang bertajuk Ibu...Ayah...Agungnya Kasihmu...

Ceramah ini disampaikan oleh Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.

Terdapat 10 tips mengenai Ibu dan Ayah (akan update kemudian...)

Petua-petua:
1. Doa melembutkn hati ank/suami/isteri
-surah alhasyri ayat 21-lau anzalna
-surah assyura 19
-surah alimran 200
Cara:
-baca tiup kt air...bg ank minum
-baca tiup kt ubun2 ank sambil niat
-utk suami isteri pun boleh-tiup dekat tengkuk masa tidur sambil niat
2. Cara berbakti utk kedua ibu bapa yang telah meninggal
i. berdoa utk ibu dan ayah
ii. beristighfar
iii.baca al-Quran
iv. sedekah
v. tlg byr hutang
vi. upah haji
vii.ziarah sahabat ibubapa

~~Selamat Beramal~~

Aliff's Age

Lilypie Second Birthday tickers

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers