Lama benar rasanya xjenguk blog ni...bukan bersawang lagi dah...silap dah berpenunggu...hahaha...
Sebenarnya nk tulis ni pon sebab-sebab aku duk google sana sini...al maklumla...minggu ni aku dah nk masuk 32minggu....so pejam celik pejam celik...aku dah dekat nk bersalin dah...EDD aku 13 Disember 2012...
Aku nk kongsila hasil google aku berkenaan tanda-tanda nak bersalin...walaupun ni anak kedua...tp aku xpenah bersalin normal lg...tunggu ape kata doktor bila aku checkup di Hospital Putrajaya pada 34 minggu nanti...Doktor akan inform samada aku leh bersalin normal atau pun tidak...
Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalim. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak antaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang
Pecah Ketuban
Dalam drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukan asing ke dalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekiranya pluk ini sudah tiada dan bayi boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.
Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.










0 comments:
Post a Comment