Pemakanan Sihat || Sayur-sayuran

Sayur-sayuran hijau yang menyegarkan dan menyihatkan...

Pemakanan Sihat

Banyakkan pengambilan susu, buah dan sayur-sayuran...

Pemakanan Sihat

Banyakkan pengambilan susu, buah dan sayur-sayuran...

Diet || Antioksidan

Antioksidan adalah zat yang mampu memperlambat proses oksidasi, yaitu reaksi kimia yang berupa pengikatan oksigen dan pelepasan hidrogen...

Pemakanan Sihat || Buah-buahan

Banyakkan pengambilan buah-buahan untuk diet yang seimbang...

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Saturday

Fadhilat Ibadah Korban

FADHILAT KORBAN 

Bagi yang masih ingat-ingat lupa pasal korban, so aku bg info sikit berkenaan korban pulak...Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.


PENYEMBELIHAN KORBAN

Korban ialah penyembelihan binatang korban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat ‘Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” (surah al-Haj:36)

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah.” (Surah al-Kauthar:2)
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.” (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: “Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakahUdhhiyah (Qurban) itu? 
Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.” 
Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita?
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.”
Mereka bertanya: “maka bulu yang halus pula? 
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.”(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

HUKUM KORBAN
  • Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berkorban
PERLAKSANAAN KORBAN
  • Binatang yang dikorbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur 2 tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
  • Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
  • Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat ‘Id dan 2 khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Haji sehingga 3 hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
  • Daging korban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging korbannya. Pembahagian daging korban sunnat terdapat 3 cara yang utamanya adalah mengikut urutan seperti berikut:
    • Lebih utama orang yang berkorban mengambil hati binatang korbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
    • Orang yang berkorban itu mengambil 1/3 daripada jumlah daging qurban, 2/3 lagi disedekahkannya.
    • Orang yang berkorban mengambil 1/3 daripada jumlah daging, 1/3 lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda  Rasullullah s.a.w: “Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah.”
HIKMAH DAN FADHILAT
  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat.”

p/s: InsyaAllah, ada rezki nanti aku akan cuba buat ibadah korban




Friday

Pengertian Aqiqah dan Hukumnya

Dah dekat2 raya haji ini banyak pula terdengar pasal aqiqah dan korban...so entry kali ni nk share pasal aqiqah...time belaja dulu tau dah ni nk refresh semula...

Pengertian Aqiqah


Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w.dengan sabdanya yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.” (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menerangkan maksud “… terpelihara dengan aqiqahnya…” (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis.” (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.


Hukum Aqiqah
  • Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
  • Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
  • Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawaRasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
  • Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
  • Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w.menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
p/s: sharing is caring


Aliff's Age

Lilypie Second Birthday tickers

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers